Wednesday, May 18, 2011

Masa Berubah Tetapi Bukan Kenangan Kita

Masa berputar dan berubah tetapi bukan kenangan kita..

Semakin jauh kita melangkah, semakin banyak kenangan yang bakal di cipta.. Baik buruk atau manis pahit kenangan itu, kita sendiri yang bakal tentukan.. Yang baik kita jadikan kenangan, yang buruk kita jadikan pengalaman dan iktibar.. Sedar tak sedar usia kita semakin menginjak dewasa.. Masa hadapan yang bakal kita hadapi menjanjikan cabaran di luar jangkaan kita..


Sedari, kita sudah jauh dari dunia kanak-kanak.. Dunia yang dipenuhi warna-warna kegembiraan.. Pasti kadang kala terpikir nak kembali ke zaman itu, tapi hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai masalah yang wujud di luar jangkaan kita.. Pasti merindui bila melihat anak-anak kecil berlari sambil berkejaran tanpa perlu memikirkan kesedihan yang bakal melanda.. Di dunia kanak-kanak, mereka hanya menunggu ketibaan petang untuk bermain dan bergembira.. Arghh.. Betapa gembira di saat itu.. ~~ Gigi yang putih bak sutera itu akan senyum memanjang tatkala mendapatkan hadiah dari ibu bapa yang begitu menyayangi..


Semakin menginjak ke usia remaja, kita mengenal erti persahabatan sejati.. Kita mula terkial-kial mencari kawan sejati yang berkongsi masalah dan setiap duka kita.. Kita punya ramai kawan tapi kita tak mungkin punyai ramai kawan yang sejati.. Yang benar ada di samping kita tatkala kita sedih dan susah.. Di saat bersahabat, kita mempunyai impian untuk berjaya bersama-sama, mengimpikan untuk belajar sampai ke peringkat tertinggi, mencipta kenangan bersama dengan menyertai aktiviti dianjurkan pihak sekolah, belajar bersama dan bergosip bersama..Menari sampai tak ingat dunia.. Lalalala~~ Ada saat kita bergaduh, kita bertumbuk dan ada saat kita saling memaafkan.. Kita tertawa bersama-sama, namun apabila tiba saat, kita pasti berpisah untuk mencapai cita-cita masing-masing.. Ketika itu, kita rasa teruji kerana kita pasti terpikir adakah kita akan menemui kawan sebaik mereka?? Tulus menerima diri kita sebagai kawan.. Ya.. Kita pasti punya kawan baru, tetapi tidak seharusnya mengabaikan yang lama..



Disaat melangkah ke dunia remaja, kita juga mengenal erti PERCINTAAN.. Tatkala mendapat mesej atau surat dari si dia tercinta, kita pasti tersenyum memanjang.. Kita mula mengenal rasa gembira apabila ada menyayangi selain dari kawan dan keluarga, rasa pedih, rasa putus cinta.. Itu semua kenangan yang mungkin mematangkan sesetengah kita.. Saat si dia memutuskan hubungan pasti kita berendam air mata terutamanya first love kita atau lebih sesuai pertama kali kita bercinta.. Rasa tak nak makan, taknak tidur kerana kita merasakan dunia berakhir tanpa dia.. Bila diingat kembali, adakah kita akan sentiasa berendam air mata.. ?? Jawapannya TIDAK.. Kita pasti mendapat pengganti yang baru dan menyemai saat-saat bahagia bersama yang lain..


Kita semakin ke alam dewasa dan mengapai impian masing-masing.. Kejayaan yang dicapai pasti memuaskan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.. Ya, masa mungkin berubah, tetapi bukan kenangan kita..


p/s: result dah kuar dan super duper happy...

Tuesday, May 17, 2011

Hari-hari yang busy

Semakin hari semakin sayang..

Okay-okay intro aje lah tu... Hari ini cuti Hari Wesak, so tak pergi sekolah dan mata masih nak membuta lagi... Ini lah perangai anak dara idaman semua mak-mak dan bapa-bapa mentua sedunia.. hahahahahaha~~

Semalam adalah sambutan Hari Guru di sekolah saya dan belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang aku sayangi sekalian.. Ngenge..~~ Semalam aku tak sempat nak tergedik mengucapkan hari guru buat mereka sebab aku tengah busy memasak di bilik ERT.. Aku tengah bengang sebab diaorang letak di AJK MASAKAN... hahahhaha.. Sebenarnya aku suka sangat-sangat jadi AJK MASAKAN.. Nak tahu kenapa, lu pikir sendiri dan rasakan pengalaman sendiri....

Sehari sebelum hari guru berlangsung, aku dan 6 orang rakan aku tergedik-gedik bersama 2 orang guru membuat kek untuk dimakan para guru keesokan harinya.. Aku pun tak tahu nama kek tu.. Nanti korang tengok sendiri gambar kek yang diupload.. Okay-okay.. Aku rasa aku pandai buat kek kacang jer.. lalalalala..

Gawai semakin dekat.. 2 minggu lagi nak gawai.. Yang happy nya semua family dapat pulang ke kampung kecuali kazen ku, Browny tak dapat nak balik sebab dia berada di Jepun.. Oh..ya.. kau tolong tengok jer la kek sedap yang di makan kita orang, ya cuzzie.. Yang happy juga, dapat jumpa 2 orang kazen saya yang memang dah 4 tahun lebih tak berjumpa...ngengenge..~~

Okay-okay..lepas ni biarkan gambar bercerita..

p/s: Nervous sangat2 tunggu result tu sampai aku terbawa-bawa dalam mimpi..~~


Aku bagi felt-felt ni khas untuk cikgu perempuan.. Nak bagi cikgu lelaki malu pulak rasanya..ngengege..
Sila abaikan benda di belakang.. aku bagi origami-origami ini untuk cikgu lelaki dan cikgu perempuan..~~
Tadaa.. Aku pun tak tahu nama kek ini, lorh.. Hitam semacam tapi sedap..
Jom makan..

Saturday, May 14, 2011

Hye World~~

Hello World.. Woaahh.. Berhabuk sudah blog saya berbulan sebab lama dah tak diupdate.. Saya busy sangat dengar show nyanyian saya, dengan shooting lagi tu.. Belum lagi nak layan karenah beberapa orang kekasih hati saya sampai tak terlayan nak mengupdate blog saya....Okay-okay..Sekarang ini pun tengah shooting Alana Alanis Malaysia BFF..lalalalala~~okay...okay..semua itu tipu jer lah... Saya tak update blog sebab saya tak tahu nak update cerita saya disini..Biarlah private sikit kununnya...~~Ngengenge..~~

Okay-okay the latest dari saya, saya close FACEBOOK acc untuk sementara.. Untuk apa...?? Ada sebab yang tak dapat dielakkan kununnya.. Hehehehe..~~Nak menyepi dari dunia Facebook untuk sementara waktu.. Agak-agak ada tak siapa yang rindu saya?? Perasan... :)

Sekarang saya tengah menjalani hidup single dengan gumbiranya dan jayanya beberapa bulan ini... Ngenge.. Saya semakin okay dan okay.. Saya masih tersenyum dan ketawa terbahak seperti saya dulu.. Ingatkan saya berkabung sangat-sangat bila berpisah kali ini.. Takda maknanya kan.. Lalalalala.. Tapi kadang-kadang tu rasa rindu sangat kepada si dia itu.. Ngengenge..~~ Adat bercinta bila kadang-kadang merindui tu akan.. Sorry.. Walaupun saya rindu awak sangat-sangat saya tak pernah nak merendahkan diri saya untuk tergedik mesej awak dan bagitau I miss u so much, okay... Status di Facebook itu saya mengaku itu adalah perasaan sebenar saya tapi saya tak pernah nak minta simpati awak okay.. Bak saya sendiri tulis, andai diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, saya pasti tak nak kembali kerna belum pasti semua nya indah.. lalalalalala..

Saya sedang mengenali hati budi seseorang tapi from the beginning saya memang dah tak berkenan dengan dia.. Okay..okay.. Saya tahu dia baik, dia caring sangat.. Tapi itu tak pernah buat saya nak tertarik dengan apa dia buat... Jahat nya kau, Cecille.. Tapi saya tetap layan dia seperti kawan baik.. Saya dengar masalah dia.. Saya selesaikan masalah dia.. Dia tu baik sangat2 sampai saya tak nak berpacaran dengan dia... Tu sebab tak berkenan rasanya.. Okay.. Cerita tentang dia tamat di sini..~~

Sebenarnya rasa rasa debar-debar sangat tunggu result itu.. Harap dapat dengan harapan setinggi langit.. Okay.. Bye2 world..~~

p/s: Celcom Broadband saya terlebih lembap dan lembap nak mampus.. Dan aku tengah menyampah.. Ngenge..~~