Wednesday, May 18, 2011

Masa Berubah Tetapi Bukan Kenangan Kita

Masa berputar dan berubah tetapi bukan kenangan kita..

Semakin jauh kita melangkah, semakin banyak kenangan yang bakal di cipta.. Baik buruk atau manis pahit kenangan itu, kita sendiri yang bakal tentukan.. Yang baik kita jadikan kenangan, yang buruk kita jadikan pengalaman dan iktibar.. Sedar tak sedar usia kita semakin menginjak dewasa.. Masa hadapan yang bakal kita hadapi menjanjikan cabaran di luar jangkaan kita..


Sedari, kita sudah jauh dari dunia kanak-kanak.. Dunia yang dipenuhi warna-warna kegembiraan.. Pasti kadang kala terpikir nak kembali ke zaman itu, tapi hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai masalah yang wujud di luar jangkaan kita.. Pasti merindui bila melihat anak-anak kecil berlari sambil berkejaran tanpa perlu memikirkan kesedihan yang bakal melanda.. Di dunia kanak-kanak, mereka hanya menunggu ketibaan petang untuk bermain dan bergembira.. Arghh.. Betapa gembira di saat itu.. ~~ Gigi yang putih bak sutera itu akan senyum memanjang tatkala mendapatkan hadiah dari ibu bapa yang begitu menyayangi..


Semakin menginjak ke usia remaja, kita mengenal erti persahabatan sejati.. Kita mula terkial-kial mencari kawan sejati yang berkongsi masalah dan setiap duka kita.. Kita punya ramai kawan tapi kita tak mungkin punyai ramai kawan yang sejati.. Yang benar ada di samping kita tatkala kita sedih dan susah.. Di saat bersahabat, kita mempunyai impian untuk berjaya bersama-sama, mengimpikan untuk belajar sampai ke peringkat tertinggi, mencipta kenangan bersama dengan menyertai aktiviti dianjurkan pihak sekolah, belajar bersama dan bergosip bersama..Menari sampai tak ingat dunia.. Lalalala~~ Ada saat kita bergaduh, kita bertumbuk dan ada saat kita saling memaafkan.. Kita tertawa bersama-sama, namun apabila tiba saat, kita pasti berpisah untuk mencapai cita-cita masing-masing.. Ketika itu, kita rasa teruji kerana kita pasti terpikir adakah kita akan menemui kawan sebaik mereka?? Tulus menerima diri kita sebagai kawan.. Ya.. Kita pasti punya kawan baru, tetapi tidak seharusnya mengabaikan yang lama..



Disaat melangkah ke dunia remaja, kita juga mengenal erti PERCINTAAN.. Tatkala mendapat mesej atau surat dari si dia tercinta, kita pasti tersenyum memanjang.. Kita mula mengenal rasa gembira apabila ada menyayangi selain dari kawan dan keluarga, rasa pedih, rasa putus cinta.. Itu semua kenangan yang mungkin mematangkan sesetengah kita.. Saat si dia memutuskan hubungan pasti kita berendam air mata terutamanya first love kita atau lebih sesuai pertama kali kita bercinta.. Rasa tak nak makan, taknak tidur kerana kita merasakan dunia berakhir tanpa dia.. Bila diingat kembali, adakah kita akan sentiasa berendam air mata.. ?? Jawapannya TIDAK.. Kita pasti mendapat pengganti yang baru dan menyemai saat-saat bahagia bersama yang lain..


Kita semakin ke alam dewasa dan mengapai impian masing-masing.. Kejayaan yang dicapai pasti memuaskan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.. Ya, masa mungkin berubah, tetapi bukan kenangan kita..


p/s: result dah kuar dan super duper happy...

No comments:

Post a Comment