Sunday, November 27, 2011

Kenangan Semalam

Shalom dan selamat hari minggu.. :) 

Sudah seminggu keberadaan di rumah. Seminggu la kunun.. Ngengenge..
Seminggu keberadaan di kampung halaman, belum lagi aku outing dengan kawan-kawan ku.. 
Ada yang masih kuliah, ada yang masih tengah menghadapi STPM.. Sabar jer la .. Dan aku rasa cuma pelajar MAKTAB saja yang tengah bercuti sekarang..
DAN hal ini menyebabkan aku TERSANGAT rindu dengan kenangan lalu.. Di waktu kami tengah glamer.. Hahahahaha ( Acah jer )..
Aku mula membuka album yang mengandungi gambar-gambar lama.. Manisnya dulu-dulu masa sekolah menengah.. Arghh.. Rindunya aku pada semua kenangan itu.. Semua kenangan menerjah kembali..
Suka duka dan pahit manis bersama mereka.. Bersama-sama berperang untuk mendapatkan yang terbaik..
Kini, kami membawa haluan masing-masing.. Dan dalam kalangan kami belum ada yang sudah mendapat title SUAMI/ISTERI orang.. ngengengenge.. :) :) Siapa orang pertama?? Jom tengok gambar-gambar..  :) :)



Aku rindu nak outing sama kau dua..~~


Sewaktu Sweet 16 aku dulu.. Hehehhe


Aku suka part ini.. :) :)


Kita bersama mengejar mimpi.. :) Dan status kami menggangur sewaktu ini.. :)


Sewaktu sweet 16 aku.. No hard feeling.. Dia kawan baik..
Saja nak post gambar ni.. Ngengenge..

Wednesday, November 23, 2011

PPISMP BM SEM 1


Shalom dan berjumpa lagi.. :) :)

 Aku terasa sanngat bosan berada di bilik seorang diri. Alangkah bagus apabila di rumah. Perlu kah menyesal?? Usah risau. Aku sepatutnya menghabiskan masa di sini sebaik nya.

Okayy.. Aku nak memperkenalkan rakan-rakan kelas aku di IPG Keningau.
PPISMP BM SEM 1 Jun diterajui 21 kuntum bunga dan 9 ekor kumbang.. Vogue tak kelas aku ni?? 
Hahahahaha.. 

Kami PPISMP BM diterajui oleh

9 ekor kumbang terdiri :

Aziz 
Brian 
Calventino
Edwin 
Faizal
Hilfi 
Hanafi
Khairul
Razzief

21 kuntum bunga terdiri :
 Amalina
Ayu
Asanisan
Berenda
Cecelia
Chang
Effie
Lee San
Georcey
Jacq
Maria
Hayati
Zierah
Shikin
Voo
Alice
Lidia
Nona
Ros
Zakiah
Pink

Aku nak describe setiap orang tapi aku tak mampu. Tapi aku sangat sayang sama kamu semua. Sejujurnya semua baik-baik dan cute-cute semua walau kadang-kadang tu ada yang selalu emo dan mood swings selalu. Poning kepala den.. ~~ Vogue.. ~~

Mari sama-sama tengok gambar aku dan rakan kelas aku semasa makan malam tahunan yang diadakan di Hotel Juta Keningau. :) Dan bersama tutor tersayang.. :) :)






Tutor tersayang, Puan Rodzita

Tuesday, November 22, 2011

Terima Kasih Untuk Mereka

Shalom dan selamat bercuti kepada semua :) :)

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku janji nak menceritakan perihal atau kenangan aku di Keningau. Tapi aku tiada dalam mood untuk menceritakan kenangan-kenangan indah dan manis yang aku lalui di sana. Tidak tahu kenapa. Jiwa aku terasa kosong. Fikiran aku melayang. Aku sangat terseksa untuk berada di sini. Belum seminggu pun aku berada di rumah, aku dah merantau lagi. Bukan aku tak mahu bersama keluarga, aku perlu jauh sekejap biarpun sekejap. Minta maaf ibu dan ayah. Syukur kerana mereka sangat mengerti. Bukan jauh pun aku pergi. Ngengenge.. Dan maaf ya kawan-kawan jika belum ada kesempatan untuk berjumpa.

Kenapa?? Semasa di perantauan, aku sangat teruja untuk balik dan tunjukkan aku sangat-sangat kuat. Tapi bila aku balik ke sini, aku pandang kanan, aku pandang kiri, aku pandang belakang semua ada kenangan lama itu. Aku benci!! Aku benci sangat-sangat. Aku tabahkan hati aku, aku kuatkan semangat demi mereka yang sayangkan aku. 

Arghh.. Cecille.. Berhenti la jiwang-jiwang tu.. Ngengengenge.. :) :)

Aku sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Dia, aku masih lagi bersama keluarga. Rindu aku terubat apabila dapat merasa masakan ibu setelah 5 bulan aku berada di perantauan. Akan ku gunakan peluang bercuti ini untuk menikmati semua makanan yang ibu ku masak.. Hahahahahahaha..

Kedatangan aku di jeti disambut dengan senyuman lebar ibu, ayah dan makcik ku serta adik sepupu ku. Datang-datang sahaja aku terus memeluk dan mencium ayahku. Kemudian aku terlihat ibu dan makcik ku sudah mengalirkan air mata melihat ku.. Dasar emo.. Hahahahahha.. Aku tahu derita rindu yang ditanggung oleh mereka. Aku tahu mereka risau akan aku yang tidak biasa berada berjauhan daripada mereka kerana aku tidak mempunyai ilmu berdikari yang mencukupi.. Amin dan berkat daripada Tuhan, aku mampu menghadapi semua itu. Ibu ku sepatutnya bangga. 

Dan terima kasih juga kepada makcik ku yang setiap bulan mengirimkan belanja untuk aku dan kepada ayahku juga yang sentiasa memberikan sokongan kewangan juga kepada ku biarpun kami mempunyai elaun. Terima kasih kerana memahami kehendak anak mu. Dan terima kasih Tuhan. :) :)


Saya sangat sayang dan bertuah memiliki mereka. :) :) Sekadar gambar hiasan

Wednesday, November 16, 2011

I am cooming home.. :)

I will rewrite all my memories and stories at Keningau when I am home.. :)
I am coming home.. :) :) Missing my families.. :) :)