Tuesday, November 22, 2011

Terima Kasih Untuk Mereka

Shalom dan selamat bercuti kepada semua :) :)

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku janji nak menceritakan perihal atau kenangan aku di Keningau. Tapi aku tiada dalam mood untuk menceritakan kenangan-kenangan indah dan manis yang aku lalui di sana. Tidak tahu kenapa. Jiwa aku terasa kosong. Fikiran aku melayang. Aku sangat terseksa untuk berada di sini. Belum seminggu pun aku berada di rumah, aku dah merantau lagi. Bukan aku tak mahu bersama keluarga, aku perlu jauh sekejap biarpun sekejap. Minta maaf ibu dan ayah. Syukur kerana mereka sangat mengerti. Bukan jauh pun aku pergi. Ngengenge.. Dan maaf ya kawan-kawan jika belum ada kesempatan untuk berjumpa.

Kenapa?? Semasa di perantauan, aku sangat teruja untuk balik dan tunjukkan aku sangat-sangat kuat. Tapi bila aku balik ke sini, aku pandang kanan, aku pandang kiri, aku pandang belakang semua ada kenangan lama itu. Aku benci!! Aku benci sangat-sangat. Aku tabahkan hati aku, aku kuatkan semangat demi mereka yang sayangkan aku. 

Arghh.. Cecille.. Berhenti la jiwang-jiwang tu.. Ngengengenge.. :) :)

Aku sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Dia, aku masih lagi bersama keluarga. Rindu aku terubat apabila dapat merasa masakan ibu setelah 5 bulan aku berada di perantauan. Akan ku gunakan peluang bercuti ini untuk menikmati semua makanan yang ibu ku masak.. Hahahahahahaha..

Kedatangan aku di jeti disambut dengan senyuman lebar ibu, ayah dan makcik ku serta adik sepupu ku. Datang-datang sahaja aku terus memeluk dan mencium ayahku. Kemudian aku terlihat ibu dan makcik ku sudah mengalirkan air mata melihat ku.. Dasar emo.. Hahahahahha.. Aku tahu derita rindu yang ditanggung oleh mereka. Aku tahu mereka risau akan aku yang tidak biasa berada berjauhan daripada mereka kerana aku tidak mempunyai ilmu berdikari yang mencukupi.. Amin dan berkat daripada Tuhan, aku mampu menghadapi semua itu. Ibu ku sepatutnya bangga. 

Dan terima kasih juga kepada makcik ku yang setiap bulan mengirimkan belanja untuk aku dan kepada ayahku juga yang sentiasa memberikan sokongan kewangan juga kepada ku biarpun kami mempunyai elaun. Terima kasih kerana memahami kehendak anak mu. Dan terima kasih Tuhan. :) :)


Saya sangat sayang dan bertuah memiliki mereka. :) :) Sekadar gambar hiasan

No comments:

Post a Comment